
Sulit
3 tahun
Keperluan makan pil perancang
Saya wanita yng berumur 20 an dan baru sahaja berkahwin. Saya & suami baru saja brsama pada 12/08 yang lepas. Memandangkan kmi brdua belum ada perancangan anak, saya telah mengambil pil perancang regulon prtama kali pda hari yg sama. Selepas hbis makan 21 pil/hari. Saya brehat 7 hari dan telah period. Selepas hari ke 8, adakah saya perlu makan pil perancang walaupun tidak bersama suami lgi? Disebabkan suami telah balik ke tempat kerja semula. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tablet ini hanya untuk makan sahaja. Telan keseluruhan tablet, jangan kunyah atau hancurkan. Ambil tablet pertama pada hari pertama haid atau hari Ahad pertama setelah haid anda bermula. Ambil satu biji tablet setiap hari selama 21 hari dan kemudian diikuti dengan 7 hari tanpa pengambilan tablet. Apabila tablet habis, mulakan pek baru pada hari berikutnya. Dapatkan preskripsi sebelum tablet yang sedia ada habis sepenuhnya. Sekiranya terlupa untuk makan 1 tablet, makan sebiji sejurus anda ingat dan makan dos berikutnya seperti biasa. Ikut arahan doktor, jangan ambil ubat ini dalam dos yang besar dan memanjangkan durasi terapi sendiri. Boleh dimakan bersama makanan mahupun tanpa makanan. Jika anda merasakan kondisi ketidakselesaan pada perut selepas mengambil teablet ini, anda dinasihatkan untuk makan tablet bersama bersama makanan untuk dos seterusnya.
Namun begitu, sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor