
wan.eishah10
4 tahun
Keperluan supplemen untuk warga emas
Saya berusia 65 thn, nk tahu akan keperluan supplemen utk wanita di usia saya. Apakah supplemen yag perlu diambil sekiranya perlu.
Saya ada mengambil apple cider vinegar bersama madu pada waktu pagi, adakah ok utk kesihatan generally.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, supplement yang disarankan adalah seperti berikut:
- calcium
- vitamin B12
- vitamin C
Walaubagaimanapun, pemakanan yang seimbang adalah kunci kepada tahap kesihatan kerana vitamin serta mineral diatas terdapat dalam makanan harian.
Madu serta cuka epal adalah contoh makanan yang mengandungi jenis mineral dan vitamin seperti diatas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.