
Anonymous
5 tahun
Kepingan darah diawal kehamilan
Saya berusia 40 tahun dan pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini.ini adalah tahun kelapan perkahwinan saya.baru baru ini saya mengandung dan doctor mengesahkan kandungan ketika itu berusia 7 minggu.dalam tempoh seminggu lepas itu saya ada perasan kepingan darah setiap kali selepas buang air kecil.adakah ini normal spotting awal kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih