
Anonymous
6 tahun
Keputihan ada cecair darah atau darah period
As’salammualaikum Dr, saya wanita berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin. Saya nak tanya, kelmarin 8/5 saya check ada sedikit cecair darah di dalam keputihan? Last period saya 15/4/2019. Jadi sy ingat sy period untuk bulan ni. Tapi hari ni saya tengok darah dah tak keluar. Cuma keluar keputihan seperti biasa saja. Adakah normal atau bahaya? Btw, sy sekarang tengah demam dan makan ubat2, and ubat antibiotik. Atau darah tak keluar sebab effect ubat demam yg saya makan ke Dr?

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologi.
Keputihan fisiologi ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologi selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih.