Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan berdarah tetapi tidak pernah mengadakan hubungan sex

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 19, 2020 1:54 AM

Sulit 49 hari

saya wanita berumur 25 tahun. tidak lagi berkahwin dan tidak pernah mngadakan hubungan sex. akan tetapi baru- baru ni. saya mengalami keputihan yang bercampur darah selepas seminggu lebih haid habis. dalam masa yang sama, saya menghentikan segala ubatan yang saya ambil seperti Elastin collagen, vitamin c 1000mg orange dan ubat minum kurus. gejala keputihan berdarah ini baru berlaku dalam seminggu. tidak busuk tetapi mengeluarkan lendiran darah dalam kuantiti sikit. apabila saya letih ataupun horny, keputihan itu bertambah. adakah ini normal? saya perlu rujuk kepada doc sakit puan ke? terima kasih

Dr Sashini Seeni 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah spotting (keluar keputihan berdarah gelap) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:

  • Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Perimenopaus
  • Tisu endometrium
  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 19 2020 01:54:20 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Spotting selepas seminggu period salam sejahtera dan assalamualaikum. saya telah mengambil pil perancang selama 3tahun. 25hb minggu lepas saya telah period .selepas seminggu habis period ,harini saya tengok ada spotting.period … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Samb spotting or period? Thank doc. Menjawab pertanyaan saya. Kalau rasa sakit bhg ari-ari iru apa maksudnya? Baca lagi...
11 hari
Sulit
Tompokan darah hitam semasa hamil Hello doktor, saya sudah disahkan mengandung 7 minggu. Tetapi saya mengalami keluar pendarahan tompokan hitam sehingga 6 hari dan masih ada lagi. Saya sudah berjumpa dengan doktor minggu lepas … Baca lagi...
26 jam
Sulit
Darah keluar berpanjangan selepas ambil injection perancang Darah keluar berpanjangan selepas ambil injection perancang (depo) pada 10/3/20. Berikut adalah tempoh keluarnya darah: Bermula 31/3/20 hingga 3/5/20… Darah stop 10 hari dan datang kembali pad… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Perbezaan darah haid dan spotting kehamilan hai dokter , bolehkah saya mengetahui perbezaan kedua duanya . adakah spotting keluar secara bergumpal tapi tifdak banyak ? adakah dia keluar selama 7 hari ? Baca lagi...
18 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi