
fatinnursyaheerah
5 tahun
Keputihan bewarna kuning selepas bersama
1 saat
saya seorang wanita berusia 25tahun dah sudah pjn berkahwin tetapi belum lagi mempunyai cahaya mata . baru baru ni saya perasan selepas saya bersama dengan suami , keesokkannya dah hari hari seterusnya keputihan saya keluar bewarna kuning . sebelum ni tak pernah terjadi lagi mcm ni . adakah ia normal dokter ? saya ada berjumpa dokter dan telah diberikan ubat antibiotik dan ubat candid v3 vaginal insert . selepas mengambil ubat tersebut keputihan jadi normal seperti biasa berwarna putih dan lutsinar . tetapi saya sudah lewat 10 hari tak datang haid , dan selepas bersama dengan suami semalam keluar balik keputihan kuning sedikit . adakah ini normal atau tidak normal dokter ? tolong bantu saya
(keputihan bewarna kuning itu tiada bau sama sekali )

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.