Anonymous
3 tahun
Keputihan coklat cair
Saya wanita berusia 25 tahun & telah berkahwin. Period terakhir saya pada 29/4 hingga 5/5(7 hari). Kemudian pada 15,16&17/5, keluar keputihan berwarna coklat cair. Tapi tak banyak dan bukan setiap masa. Keluar hanya sekali tiap hari sepanjang 15-17hb. Pada masa yang sama breast rasa berdenyut denyut. Adakah ni tanda hamil ataupun ada penyakit berkaitan faraj? Mohon pencerahan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.






















