Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan dan gatal gatal

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 26, 2019 7:28 AM

erikafarah97 7 bulan

Saya wanita 20’an,saya mengalami keputihan selepas bersalin

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di bibir faraj serta keputihan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:

  • Penggunaan estrogen secara ubat makan
  • Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
  • Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
  • Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
  • Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.

Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda

Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Nov 26 2019 07:28:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Faraj sakit ketika ingin memasukkan penis dan merasa gatal dan panas serta pedih Sy berumur 22 tahun…bila sy ingin bersama dgn suami dan bila baru memasukkan penis terasa ketat dan sakit…selain itu faraj terasa gatal dan panas serta pedih…apakah itu tanda sy mengalami jangki… Baca lagi...
5 bulan
myzumierzuen
Gatal di area vagina Sy umur 27thn,kemaluan sy gatal pabila selesai haid,apakah penyebabnya… Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Sakit kelamin syphilis Boleh sy dapatkan ubat yg disyorkan utk sakit syphilis? Ada kegatalan di bahagian kelamin sehingga luka apabila digaru Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Kegatalan seperti kulat pada faraj Saya wanita dalam 20’an. Saya mengalami kegatalan pada bagian faraj saya. Saya buang air kecil tiada masalah atau sakit, cuma kegatalan pada bagaian faraj saya teramat gatal. Pada bagaian faraj … Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Gatal di faraj dan selaput kekuningan Saya wanita berusia 27tahun dan mempunyai masalah faraj rasa kegatalan sehingga timbul bintik2 merah smpai di celah kelengkang. Dan didlam faraj sy dapati ada seperti selaput kekuningan. Boleh… Baca lagi...
5 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi