
Sulit
4 tahun
Keputihan kuning yang gatal kerapa kali tukar pantyliner dalam sehari
Saya wanita yg dah berkahwin tapi berjauhan dgn suami. Sejak 2 3 hari keputihan sy kekuningan dan berketul membuatkan vagina sy gatal dan merah.Boleh doktor beritahu saya bagaimana sy perlu mengatasi masalah sy…apa yg perlu sy pantang dlm bab makanan…tetapi sy sedikit susah untuk berjumpa dgn doktor. thats why sy minta pandangan doktor kat sini untuk beritahu sy rawatan sendiri…perlukan pertolongan nasihat from doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah keputihan kuning dan gatal dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih