
Sulit
4 tahun
Keputihan seakan berwarna coklat kehitaman dan perut berasa sakit
Saya berusia 19 tahun. Saya dah period pada 2/4 dan habis pada 6/4. Saya ada mengalami keputihan tapi berlaku jika saya penat melakukan aktiviti-aktiviti seharian saya. Tetapi pada 14/4, saya tidak pasti sama ada keputihan atau pun darah haid yang tak habis keluar. Ia berwarna coklat kehitaman .Pada 16/4 (hari ini) pula masih keluar dan ada lendiran seakan warna merah kehitaman & bila saya buang air kecil ada sedikit darah dan perut berasa sakit. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.