azflower26
4 tahun
Keputihan yg kuning
Saya mengalami masalah keputihan berwarna kuning . Adakah ia normal ? Saya penghidap SLE dan mengambil ubat seperti methatroxide , ranitidine, folid acid , colobrex dan hydrochloroquen . Sebelum ni pernah mengambil ubat steroid (prodnisolone) dan sudah berhenti mengambilmya selama setahun . Apakah ia punca keputihan berwarna kuning?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah keputihan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin berjangkit seperti gonorrhoea, trikomonas
Pengambilan ubat seperti steroid dan modulator imun adalah antara risiko kepada jangkitan kulat dan bakteria pada kemaluan. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.