hamirayunus
6 tahun
Keputusan setelah menjalani X-Ray HSG
Saya menjalani rawatan kesuburan dan doktor mencadangkan saya membuat X-ray HSG dan keputusan hsg mengatakan kedua-dua tiub fallopian saya tidak nampak (Both tubes are not seen). Adakah ini bermakna yang kedua-dua tiub saya tersumbat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemeriksan HSG bermaksud heterosalphingoram sejenis pemeriksaan yang dijalankan untuk melihat keutuhan fallopian tube anda. Pemeriksaan ini dapat melihat struktur rahim dan juga melihat sekiranya terdapat sumbatan pada fallopian tube anda.
Apabila hasil pemeriksaan mendapatkan bahawa fallopian tube tidak kelihatan, maka dikhuatiri terdapat sumbatan disitu, Bagaimanapun, pmeriksaan HSG tidak berdiri sendiiri. Justeru, diagnosis akan dilakukan dengan sokongan oleh pemeriksaan-pemeriksaan lain.
Bagi keterangan lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































