Sulit
5 tahun
Keraguan mengenai penyakit kelamin
Salam sejahtera, sy ingin bertanya mengenai penyakit kelamin. Sy bakal berkahwin bulan depan dan telah menjalani ujian HIV. Result mendapati sy negatif. Namun sy ingin bertanya adakah keputusan itu membuktikan sy juga bebas dari sebarang penyakit kelamin lain termasuk STD? Untuk pengetahuan, sy pernah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali dengan seorang wanita warga asing 5 tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang tanda mencurigakan di bahagian alat sulit sy. Namun sy bimbang kerana mengetahui penyakit STD tiada petunjuk pada peringkat awal. Warga asing yang merupakan tukang urut itu mengakui bebas melakukan seks dgn lelaki lain, namun sy tidak pernah kecuali bersama dia. Jadi sy ingin bertanya adakah tempoh terakhir hubungan seks bebas bersama wanita itu boleh menjamin sy bebas STD atau penyakit berkaitan setelah meninggalkan aktiviti tersebut pada 2015? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami anda masih khuatir dengan status pemeriksaan STD anda. Untuk makluman anda STD bermaksud sexually transmitted disease atau jangkitan yang tersebar melalui hubungan seks. Hubungan seks meliputi seks melalui faraj, dubur dan oral. HIV merupakan salah satu daripada STD. Jangkitan lain termasuk chlamydia, gonorrhea, sifilis, hepatitis B/C, HPV, herpes. Oleh itu, anda digalakkan untuk melakukan panel ujian STD yang meliputi jangkitan tersebut supaya anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih lengkap. Biasanya, simptom-simptom penyakit atau komplikasi penyakit akan wujud sebelum 5 tahun.
Simptom-simptom STD secara umumnya termasuk:
- Sakit semasa kencing
- Sakit ari-ari bawah
- Bendalir berbau keluar dari alat kelamin
- Sakit semasa bersetubuh
- Pendarahan di antara haid (wanita)
- Sakit testis
- Darah semasa kencing
- Demam
- Bintik-bintik atau ulser di bahagian kelamin
Setiap jangkitan mempunyai simptom-simptom tersendiri yang lebih spesifik. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda disarankan untuk mengelakkan aktiviti yang berisiko seperti:
- Hubungan seks rambang tanpa perlindungan
- Penggunaan dadah rekreasi
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































