Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keraguan sama ada hamil atau tidak?

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 6, 2020 11:51 AM

Sulit 2 bulan

Hi Doc, saya sepatutnya datang haid pada 1 Nov 20. Kebetulan saya lewat. Pada 4 Nov 20 saya lakukan upt yang dibeli di 7e, dan mendapati ada dua garisan samar. Kemudian, esok harinya, saya melakukan upt semula menggunakan blue clear digital, keputusan “not pregnant”. Ada kekeliruan disini, adakah saya hamil atau tidak?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.

Anda dinasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:

  • ujian kehamilan rosak
  • teknik yang salah

Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Dikemaskini pada: Fri Nov 06 2020 11:51:23 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang ujian kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kekeliruan pendarahan haid atau pendarahan implantasi Salam doktor…sy pernah melakukan oral sex bersama pasangan sy pada 15/10 dan dia telah skip period pada bulan tersebut…pda 18/11 dia telah datang haid…soalana sy adkah itu pendarahan haid atau p… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Upt samar adakah hamil atau masalah lain Hye sy nk tnya , sy xprnah dtg period . Lps je bersalin anak pertama lgsung xdtg priod smpi la prgnant ank ke2 , bulan 11 tahun lps sy bersalin …smpi la skrg period xdtg …ikut kiraan 4 tahun j Baca lagi...
23 hari
Sulit
Adakah akan Upt positif sebelum period Assalamualaikum doktor…sy wanita berumur 30 tahun…sy nk bertanya adakah upt akan positif jika hormon period tggi??sblm ni sy pernah dpt upt positif dan delay period selama 4 hari…kemudian keluar… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Period dan perut buncit Saya berumur 24 tahun dah telah berkahwin. Pada bulan lepas saya kami ada mengadakan seks oral dan tiada cum. 2 minggu lepas itu saya telah period selama 8 hari. Dimana 8 hari adalah tempoh peri… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Hari tu UPT Positif but tadi UPT Negatif Saya wanita berusia 24, saya last period 24 Nov 2020 pada mulanya (17 Dis 2020) saya ada keluar darah warna coklat sangat sikit macam calitan selama 3 hari… Dalam beberapa hari keluar darah say… Baca lagi...
10 hari