Sulit
3 tahun
Kerap batuk dan sakit dada
saya nak tanya , mengapa saya selalu kerap batuk pada waktu pagi dan nafas saya berbunyi , dada saya sakit ,saya merasakan ada lendir di tekak saya , adakah saya menghidap asma ? kerana pada waktu kecik saya adalah penghidap asma tetapi sekarang saya sudah berumur 19, jadi adakah asma saya datang balik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Bronkiektasis
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Bendasing (foreign body) di dalam tekak atau saluran pernafasan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk menjawab persoalan anda, kemungkinan anda mendapat asma kembali itu masih ada tetapi pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dilakukan supaya diagnosis yang betul dapat diketahui.
Perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor, sila berjumpa dengan doktor segera juga sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sukar bernafas
- Nafas berbunyi
- Hilang selera makan
- Berat badan turun tanpa sebab
Masih mengalami masalah batuk dan sakit dada? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.