
archibinaphoto
5 tahun
Kerap demam dan ada kelenjar di leher
Doktor, ank saya berumur 2 tahun… dia kerap jadi tonsil… bahagian leher dia ada biji2 kelenjar… boleh dikatakan dia mmg kerap demam… mcmna saya nak buat rawatan dan apakah ubat yang perlu saya ambil utk ank saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kebengkakan kelenjar di leher anak puan boleh disebabkan oleh jangkitan tonsil itu sendiri. Selalunya, bengkak kelenjar ini akan hilang sejurus selepas masalah tonsil ini pulih.
Untuk merawat masalah kerap demam dan jangkitan tonsil itu, kami mencadangkan puan untuk berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan secara terperinci tentang penyebabnya.
Namun sementara waktu, rawatan yang boleh diambil di rumah ialah :
- Banyakkan dan teruskan minum air
- Ambil ice cream Vanilla (ini akan menyejukkan tekak)
- Kumur air garam
Untuk mengetahui punca masalah yang anak puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.