Sulit
6 tahun
Kerap demam ,selesama, pening kepala dan lambat datang haid (2minggu lambat)
Saya remaja 17 tahun dan saya merupakan OKU fizikal sejak lahir lagi,doctor kenapa sejak tahun ini setiap bulan mesti saya akan demam dan pening yang teruk sekali kadang-kadang tu sampai saya tak larat nak buat apa-apa…Adakah ini kesan daripada kepala saya terhantuk akibat kerap tergelincir di dalam bilik mandi? Dan mengenai kitaran haid yg tak menentu ia baru berlaku pada tahun lepas…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma
- masalah jangkitan pada bahagian dalam telinga
- kurang kandungan gula pada darah
- tekanan darah rendah
Masalah haid tidak teratur anda boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























