Sulit
3 tahun
Kerap Gatalan tempat kemaluan dah 3 bulan lebih
Saya baru 21 tahun doctor…tempat kemaluan saya asyik gatal… seriously I x tahan…dj 4 atau 5 bulan lebih macam nie saje…saya x tau kenapa macam.nie…doctor tolong jelaskan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases) bagi wanita
- Masalah kulit seperti:
- Ekzema
- Dermatitis
- Reaksi alahan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian dan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan membendung perkara ini daripada berlarutan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.