junejun845
7 tahun
Kerap Kencing Dan Minum Air
Saya nak Tanya bagi pihak suami sy.suami saya dalam 2bulan baru² ini kelihatan kurang selera makan tetapi terlalu kerap minum air.Tetapi air yg diminta nya air yg sejuk n manis.Air yg diminta terlalu kerap kali.kadang minta air kosong pun 2botol 1.5liter boleh habis sekali minum sahaja.tekak kerap haus katanya…
Kencing pun terlaku kerap 15,30minit sekali…makan kurang n xlalu katanya.jika makan 2,3suap n lebih kepada minum air…
Mohon doctor beri penjelasan tentang masalah suami saya.
7 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh anda.
Kerap kencing boleh disebabkan oleh:
- Stress
- Diuretik, seperti chlorothiazide, yang menjadikan anda membuang air kecil dari badan anda
- Stroke dan keadaan otak atau sistem saraf yang lain
- Sindrom pundi kencing yang terlalu aktif (OAB), yang menyebabkan kontraksi pundi kencing yang seseorang mengalami dorongan tiba-tiba untuk membuang air kencing
Untuk pengesahan, saya syorkan anda untuk mendapatkan pendapat daripada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih


































