Sulit
3 tahun
Kerap kencing dan tidak lawas
Saya mengalami masalah kerap kencing waktu malam dan tidak lawas…rasa nak kencing tapi keluar sikit saja…saya telah simpan air kencing saya dalam botol dan dapati macam berpasir sedikit…kemudian rasa panas di bahagian pinggang saya…adakah saya mengalami batu karang?ape rawatan awal saya perlu lakukan sebelum jumpa doktor?
3 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk maklumat anda, antara punca kencing tak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih