
Sulit
4 tahun
Kerap kencing / kencing tak lawas
saya perempuan , umur 15th . dah nak setahun kencing masih tak lawas ni . first time saya kna smasa bulan 6 . raya kedua , msa tu saya kncing ptu rasa pedih sngat . kdang² rsa skit kt pinggang belah kiri . dh pegi klinik 2x check air kncing . tapi tkde ape pun . mcm mna ye ni

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Umumnya kencing tidak lawas dan sakit sekitar pinggang boleh disebabkan oleh
- gangguan saraf
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- trauma
- gejala awal kencing manis
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular & buah pinggang
- gejala dari penyakit batu karang
- dan lain-lain
Walau bagaimanapun kami menasihatkan anda untuk meneruskan dengan pelan pengubatan yang telah ditentukan oleh doktor yang merawat. Sekiranya anda masih berasa was-was dengan ketentuan yang dibuat, saya juga menyaranakan anda agar berbincang kembali dengan doktor tersebut, agar penjelasan yang lebih baik dapat diberikan. Sememangnya doktor yang terbaik untuk memberikan preskripsi ubat adalah doktor yang telah bersemuka dengan pasien secara fizikal.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.