
erva.stella
5 tahun
Kerap kencing sering sakit dipelviks dan area rahim
Saya wanita berusia 23tahun kerap kencing walaupun minum air sudah dalam 2liter atau 1liter sehari tapi kerap kencing dan akan tetap merasa sakit di area rahim selepas kencing seperti ada yg menekan. Dan akan rasa kesakitan di area pelviks dan juga rahim saya ini sudah terjdi kerap tapi untuk 1minggu ni rasa lebih kepada selalu dan hari2 ,badan saya juga selalu merasa lemah ,demam dan mudah masuk angin dan merasa loya kekadang. Tahun lepas saya perna keguguran dan melakukan cuci di klinik swasta dan bila saya datang bulan darah akan keluar lambat biasa 2 atau sehari lambat saya terpaksa minum coke utk cepatkan darah keluar sebab merasa sakit dan darah akan keluar berwarna hitam pekat. Saya nak tanya adakah berbahaya dan perlu check ke klinik kesihatan atau pun ni akan biasa terjadi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kekerapan kecing iaitu:
Penyakit Kencing manis
Kehamilan
Masalah prostat: untuk golongan lelaki sahaja
Interstitial cystitis
Pengunaan ubat seperti diuretik
Adalah amat disarankan untuk anda merujuk hal ini dengan doktor oleh sebab anda telah pun mempunyai faktor risiko sebelum ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.