Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap mengambil postinor ketika subur

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 10, 2020 3:24 AM

Sulit 49 hari

Isteri saya subur pada hari rabu,pagi tu kami lakukan seks dan selepas 6 jam dia ambil postinor atas sebab pancut dalam, kemudian selepas 12 jam dia ambil lagi 1 tablet ,dan kami lakukan seks lagi pada 6 jam kemudian nye pada hari khamis.Adakah ubat itu berkesan?

Dr Ramzdhan 49 hari
General Practitioner

Salah sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Berdasarkan kenyataan yang diberi, kami memahami anda telah mengambil ubat pil perancang bernama Postinor selepas 6 jam melakukan seks.

Untuk maklumat anda, Postinor-2 adalah pil perancang kecemasan dan bukannya diambil setiap hari untuk merancang kehamilan. Cara Postinor-2 berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.

Terdapat beberapa fakta mengenai Postinor iaitu:

  • Postinor adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
  • Dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
  • Tidak diketahui sama ada Postinor berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi

Kami sarankan anda boleh mencuba kaedah kontraseptif yang lain seperti:

  • Memakai condom
  • Combine-oral contraceptive pill (COC’s)
  • Intrauterine Device (IUD)
  • Diafragma serviks
  • Pull-out method

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 10 2020 03:24:40 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Lupa beli perancang dan terlanjur dgn suami Klau ikut kan hari ini sya mulakan pek baru utk perancang keluarga…sya mengmalkan perancang jenis mercilon…tp sy lupa utk membeli pil tetsebut…sya telah mengadakan hubungan dgn suami…tetapi suam… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Levonorgestrel berkesan ke klu wife masih tidak period lepas 3 buln berpantang Salam dr.sya ingin bertanya.berkaitan pil Levonorgestrel /morning after pill…adakah ia berkesan digunakan oleh wife untuk elakkan persenyawaan,jika dia msih belum lagi dtg period wlaupun selepas… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Bolehkah saya mengambil pil perancang selepas berhenti selama seminggu Salam sejahtera, saya wanita berusia 27tahun. Saya telah berhenti mengambil pil perancang selama seminggu selepas habis haid. Selama seminggu saya merancang sendiri dgn menggunakan kondom. Boleh… Baca lagi...
43 hari
Sulit
Risiko hamil selepas habis ubat perancang paket 1 Adakah Saya berisiko hamil jika bersama selepas hari ke 21 habis makan pil perancang…(sebelum datang haid)biasa haid hari ke 3 selepas habis ubat perancang Baca lagi...
14 hari
Sulit
Lewat makan pil postinor 2 bagi pil kedua Hi doc. saya nak tanya berkaitan postinor 2. saya telah mengambilnya. pil pertama saya telah makan jam 1.28pm dan pil kedua saya telah makan 1.38am. saya telah lewat makan selama 10 minit. soala… Baca lagi...
47 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15