Sulit

3 tahun

Kerap pening, sakit kepala Dan dada terasa sesak Dan sakit

Saya berumur 15 tahun, saya kerap pening Dan sakit kepala, serta saya berasa penat setiap hari walaupun hanya membuat kerja ringan, malah dada saya kerap terasa sesak Dan sakit, saya mengalaminya daripada tahun lalu…saya tidak pernah pergi ke mana mana hospital ataupun klinik kerana pada permulaan saya beranggapan bahawa ianya normal, tetapi ia berterusan sehingga tahun ini, apakah saya mengalami penyakit yang teruk ataupun sebaliknya, mohon penjelasan Dan jawapan daripada doktor, sekian terima kasih

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang sakit kepala mencucuk tersebut. Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
  • Migrain
  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)
  • Gangguan vaskular

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera

Selain itu, gejala sesak anda pula boleh disebabkan oleh

  • komplikasi dari gejala-gejala diatas
  • tanda-tanda awal penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
  • gangguan cemas

atau ia juga boleh disebabkan oleh

  • kekurangan gula dan air dalam tubuh
  • tabiat pemakanan yang kurang berkhasiat
  • kekurangan zat besi dalam badan
  • beban kerja yang melebihi kemampuan tubuh
  • atau kelainan yang memerlukan rawatan doktor

Justeru buat masa ini, saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:

  • Jauhi faktor-faktor risiko diatas
  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur tiba-tiba
  • Pitam
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak
  • Gejala sampingan seperti sesak bertambah kerap atau parah

Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami.

Untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan sakit kepala anda dan agar rawatan yang sesuai dapat diberikan, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dijalankan.

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

AdobeStock_312242044

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)