nurnabilafiqah
4 tahun
Kerap rasa loya selepas makan
salam saya berusia 23 tahun, telah berkahwin. saya kerap mengalami rasa loya terutamanya ketika selepas makan. apabila check ujian kehamilan & di klinik keputusannya negatif tambahan pula saya telah mendapat haid menyakinkan saya tidak hamil. apakah ada penyakit lain yang menyebabkan saya merasa loya begitu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, mual ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Kesan sampingan ubat
Motion sickness (mabuk)
Reaksi terhadap bau
Kercunan makanan
Keradangan pankreas
Penyakit hempedu
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.