
Sulit
5 tahun
Kerap sakit kepala dalam masa sebulan
Saya berumur 20an, bekerja.
Saya kerap sakit kepala sebelah kanan, dan perlu ambil ubat Caffox untuk hilangkan sakit kepala. Sebulan 2-3 kali sy sakit kepala, punca ialah berlapar, stress, panas dan letih. Adakah itu normal? Adakah berbahaya sekiranya saya kerap makan Caffox?
adakah bekam penyelesaian masalah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala pada satu bahagian sahaja boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti pemakanan, stres
- Perubahan hormon
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Kurang air atau gula
- Kesan “withdrawal” ubat
Pengambilan Caffox ini pada jangka masa panjang akan memberi kesan kurang sensitif kepada ubat ini dan langkah berjaga-jag perlu diambil jika mempunyai masalah sakit jantung dan kehamilan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun di link (DoctorOnCallEPharma) ini untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.