
Sulit
3 tahun
Kerap sakit kepala dan kerap terlupa
Saya wanita berumur 25 tahun dan saya bekas pesakit Covid-19 (asymptomatic case). Saya telah disahkan positif Covid-19 pada 13/7/2021 dan telah tamat kuarantin pada 22/7/2021. Sepanjang saya kuarantin, saya tidak mempunyai apa2 gelaja tetapi selepas saya tamat kuarantin saya mengalami sakit kepala dan sakit dada tetapi tidak kerap dan tidak rasa sakit teruk. Cuma 4 hari kebelakangan ini, saya mengalami sakit kepala yang teruk setiap hari dan hanya akan lega bila saya makan panadol actifast, rasa lega tu hanya mampu bertahan untuk beberapa jam sahaja dan saya perlu mengambil lagi panadol. Saya juga kerap terlupa dan mudah hilang fokus. Adakah simptom yang saya alami itu adalah simptom biasa post covid?
Thank you Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana telah bertanya kepada kami.
Kami memahami bahawa anda merasa bimbang dengan keadaan anda yang sering mengalami sakit kepala yang teruk. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala merupakan gejala yang umum dan boleh disebabkan oleh beberapa sebab. Antara sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
Namun begitu, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti berikut:
- Jangkitan otak (Meningitis, encephalitis dll)
- Masalah saluran darah otak
- Ketumbuhan di dalam otak
- Trauma kepala
- Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu.
Oleh itu, saya mancadangkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.