Sulit
3 tahun
Kerap sakit pada buah zakar
Suami saya,27,mengadu bila dia penat bekerja back to back tanpa rehat yang cukup,dia mula rasa sakit pada buah zakar.Apabila dia mahu melakukan sex,dia cakap susah untuk penis dia keras,buah zakarnya sakit & perut dia rasa berangin.Dia tidak merasa puas ketika melakukan sex kerana sering rasa senak & pancut awal selepas 5 minit. Emosi dia sangat terganggu & kami sering bergaduh & saya selalu dipersalahkan disebabkan itu.Boleh doctor berikan nasihat apa perlu saya buat untuk bantu suami saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, suami anda mengalami masalah ejakulasi pramatang. Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
- Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
- Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara suami anda boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- Mengurangkan kekerapan masturbasi.
- Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
- Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika suami anda melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih