
rabiatulsuriya95
6 tahun
Kerap Sakit perut masalah haid
Saya mengalami sakit perut yang sangat kerap belah kanan… Masalah period yang tak Menentu kalau sebulan hanya 2 hari sahaja sudah abis… Buang air besar sebulan hanya 3 kali kadang-kadang susah nak membuang… Kenapa ye ? Saya pergi cek doktar kerajaan dia kata tiada masalah…

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Kesakitan pada bahagian sebelah kanan perut mungkin disebabkan oleh keadaan seperti:
- apendisitis
- batu hempedu
- batu ginjal
- sembelit
- kehamilan ektopik
- masalah kista ovari
- endometriosis
- penyakit Crohn
- kolitis ulseratif
- jangkitan ginjal
Bagaimanapun konsultasi doktor amat diperlukan untuk pengesahan bagi menentukan punca masalah yang anda hadapi.
Haid tidak teratur atau masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain selain daripada masalah berat badan seperti masalah tiroid, masalah polycstic ovari dan struktur rahim, ovari atau cerviks anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian tentang masalah ini. Terima kasih.