
Sulit
4 tahun
Kerap sendawa dan rasa berdebar-debar
Hi Doktor,
Saya berusia 35 tahun. dalam masa sebulan ni saya kerap sendawa dan rasa berdeba-debar tanpa mengira waktu. dan kadang-kadang sehingga pedih ulu hati. yang menjadi kemuskilan, bila saya tarik nafas dalam-dalam akan rasa seperti pening sedikit.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap sendawa dan rasa pedih ulu-hati. Simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Oleh itu, jawapan ini adalah jawapan am bagi masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kerap sendawa dan pedih ulu hati :
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Ulser perut (Peptic ulcer)
- Esophagitis
- Jangkitan Helicobacter Pylori
Gejala rasa pening ketika menarik nafas panjang mungkin merupakan satu manifestasi yang terjadi daripada penyakit yang disenaraikan di atas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.