Sulit
3 tahun
Kerisauan bekas pesakit covid untuk swab test Kali ke2
Saya bekas pesakit covid19,baru bekerja Di 1 company,esok 1 company perlu buat ujian swab test Di Sana,Saya Mula risau result positif…sebab saya bekas pesakit pada hujung Bulan 1,adakah ujian swab test positif walaupan Saya bekas pesakit…perlu ke Saya bgtw majikan Saya adalah bekas pesakit covid19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, antibodi terhadap virus COVID-19 akan berada di dalam badan anda buat sementara waktu dan kemungkinan untuk ujian tersebut menjadi positif adalah ada.
Namun kami kurang pasti sama ada anda perlu memberitahu kepada majikan anda melainkan ditanya. Kami sarankan anda untuk menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini