Sulit
3 tahun
Kesakitan di bahagian jantung secara tiba tiba dan mengambil masa lima minit untuk berlalu kesakitan itu
Sebelum in saya menghidapi hyperthyroidism dan pernah mengambil ubat propranalol 40mg kerana masa itu saya terasa tercungap dan bergetar. Nadi saya pada masa itu pun tak stabil. Sekarang sakit hyperthyroidism saya dapat dikawal, namun kebelakangan ini saya terasa sakit di bahagian jantung saya dicubit. Kesakitan itu mengambil masa lebih kurang l5 minit dan semasa kesakitan itu datang, saya tahan nafas pun bukan, tarik nafas pun bukan. Kesakitan itu datang secara tiba-tiba. Apa yang harus saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu terasa sakit bagian jantung secara tiba-tiba. Akan tetapi maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami memahami masalah sebenar anda. Oleh itu, sukar untuk saya menerangkan apa yang terjadi pada anda.
Meskipun penyakit hyperthyroidism boleh memberi kesan sampingan kepada masalah jantung, namun begitu pemeriksaan lain perlu dilakukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Hal ini penting bagi mengenal pasti punca sakit yang anda alami sama ada disebabkan oleh kesan sampingan hyperthyroidism atau penyebab lain. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang berisiko menyebabkan masalah pada jantung. Antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Kadar kolesterol yang tinggi
- Gula dalam darah yang tinggi
- Peradangan pembuluh darah
- Merokok
Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk berjumpa dengan doktor atau pergi hospital yang berdekatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!