
Sulit
4 tahun
Kesakitan pada lubang dubur
Sejak 2-3 hari lepas saya mendapati lubang dubur saya sedikit bengkak,dan agak sakit bila hendak bergerak.Dalam masa yang sama,saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar,saya terpaksa 'teran’najis tersebut,dan ia cukup sukar.Saya juga mendapati terdapat cecair jernih disekeliling lubang dubur itu.Keadaan tersebut membuatkan saya kerapkali pergi ke tandas untuk membuang air besar.Harap doktor dapat membantu saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Umumnya, gejala yang anda alami boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kurang serat & air
- produk tenusu yang berlebihan
- gaya hidup yang kurang aktif
- sering menangguh buang air
- tekanan atau kebimbangan
- kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- efek sampingan dari ubat
Atau penyakit seperti
- Sembelit atau konstipasi
- Jangkitan kuman
- Tanda-tanda iritasi
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Kanser usus (biasanya disertai penurunan berat badan yang drastik dan usia tua
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- pastikan kebersihan kelamin sentiasa dijaga dengan baik
- jauhi aktiviti meneran terlalu lama
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.