
Sulit
4 tahun
Kesan cucuk perancang
Hai doktor…saya nak tanya…saya baru sahaja berhenti ambil suntikan perancang…saya cuma ambil 3 bulan pertama sahaja…selepas cucuk tu saya period selama 2 minggu.bulan berikutnya pun 2 minggu jugak…lepas tu selepas 2 minggu kering darah period saya kembali datang period dari 25/9 hingga sekarang belum habis lagi…adakah ini kesan sampingan kerana berhenti cucuk perancang…tq doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah