Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan makan pil perancang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 16, 2021 2:05 PM

Sulit 2 bulan

Saya baru tukar pil perancang noriday ke pil 21 Hari atas Saranan Dr. Sebab saya dah tak beri Susu badan anak saya lagi.saya nak Tanya

  1. minggu pertama dalam tempoh 7 Hari perlu ke saya ambil langkah pencegaham awal seperti pakai kondom bila bersama dengan suami.

  2. dalam tempoh 7 Hari stop tak makan pil in case saya tak datang Bulan boleh ke bersama dengan pasangan Tanpa pakai apa2 protection ? seperti kondom .ke tidak perlu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.

Sekiranya anda menukar pil perancang tanpa menunggu beberapa hari, anda tidak perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang lain seperti kondom. Namun, kami mengesyorkan anda untuk menggunakan kaedah perancang lain seperti kondom untuk 7-9 hari supaya badan anda boleh menyesuaikan diri dengan ubat perancang baru. Namun, ini adalah secara umum dan kami perlu melihat sejarah pengambilan ubat perancang anda sebelum memberikan kepastian.

Pil 21-hari adalah pil yang perlu diambil untuk tempoh 21 hari dari hari pertama kitaran haid (Hari pertama selepas haid berakhir). Anda tidak perlu mengambil pil untuk 7 hari semasa datang haid. Namun, bukan semua wanita mempunyai kitaran haid yang sama. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk menggunakan kaedah perancang lain jika ingin bersama dengan pasangan semasa tidak datang haid.

Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya nasihat yang lebih tepat dapat diberikan untuk anda.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Fri Jul 16 2021 14:05:52 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang perancangan keluarga secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19