Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan makan ubat singulair dan dexilant semasa mengandung

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 1, 2020 2:04 PM

Sulit 43 hari

saya sedang mengandung 3bulan…sebelum mengandung saya memang makan ubat singulair (sesak nafas) dan dexilant (asid reflux)…saya ingin bertanya,adakah kedua2 ubat itu selamat dimakan semasa mengandung ataupon ada kesan padda anak dalam kandungan saya nanti…minta jasa baik doc terangkan …terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, montelukast (singulair) kurang dibuat kajian dalam wanita mengandung. Akan tetapi, sekiranya anda telah mengambil ubat ini sebelum dari kehamilan untuk mengawal penyakit asma, anda boleh meneruskan ubat ini selepas mengandung.

Untuk ubat protom pump inhibotor (dexilant) untuk masalah GERD anda, disarankan untuk tidak diambil kecuali atas nasihat doktor.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am mengenai soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih tepat anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat sewaktu mengandung.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 01 2020 14:04:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Ubat-Ubatan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Nak tanya tentang ubat escitalopram? salam sejahtera, bolehkah seseorang turunkan dos ubat (escitalopram) kerana merasakan bahawa kondisi semakin baik. Bolehkah klinik anda memberikan ubat tersebut dan apakah kesan sampingannya ? Baca lagi...
7 hari
Sulit
Salam dok.. Boleh jelaskan apakah kesan sampingan ubat perencat pam proton.. Biar sy tahu Sila senaraikan semua doktor.. Tq Salam dok… Salam dok… Boleh jelaskan apakah kesan sampingan ubat perencat pam proton… Sila senaraikan semua doktor… Tq jelaskan apakah kesan sampingan ubat perencat pam proton… Sila senaraikan s… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Gastrik dan jenis ubat yang diberi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada sakit gastrik sejak bulan 4 haritu… soalan saya farmasi telah bagi ubat PPI jenis pantoprazole tapi bila saya ambil ubat tu tadi rasa sakit kepala, … Baca lagi...
14 jam
Sulit
Waktu tepat makan asid folik Selamat pagi doc,sy akan berkahwin sebulan lagi, patut ke saya ambil acid folic dalam masa sebulan sebelum kahwin? Sebab saya terbaca kena makan 3 bulan sebelum kahwin… Boleh doc jelaskan. Ter… Baca lagi...
24 jam
Sulit
Rambut gugur lepas bersalin apa yang patut saya buat sebab rambut saya gugur terlalu teruk sampai botak dan tipis dia bahagian rambut . boleh ke saya makan vit rambut yang mempunya biotin tinggi? saya bimbang kerana anak s… Baca lagi...
35 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi