Anonymous
7 tahun
Kesan Pengambilan postinor2
Saya nak bertanya tentang kesan postinor. Saya berumur 24 tahun. 2 bulan yg lepas says Ada mengambil pil postinor2. 2 bulan berturut-turut. Bulan ni Saya Ada melakukan hubungan seksual namun tidak mengambil apa2 postinor. Pasangan memakai kondom ketika bersama. Ketika ini haid Saya tidak datang pada tarikh yang sepatutnya iaitu 25hb. Adakah Saya mengandung? Ada cecair coklat cair yang keluar pada kemaluan namun tidak Ada darah seperti haid. Minta penjelasan.
Atau adakah kesan pengambilan postinor memberi effect kpd haid saya
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pengambilan pil postinor yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas penembusan pengambilan tablet atau keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih


































