shidaamir92
6 tahun
Kesan sampingan makan ubat tasigna nilotinib
Saya wanita berusia 27tahun, sy telah disahkan mempunyai sakit Chronic Myloed Leukimia (CML) pada penghujung 2017, dan dibekalkan dengan ubat Tasigna Nilotinib 200mg. Akhir² ini sy dapati badan dan muka sy seperti mempunyai ruam kecil merah² terutama di bahagian muka dan ianya kadang2 menyebabkan rasa gatal termasuk di bahagian mata. Sebelum ini ada juga terjadi tapi tidak teruk dan pulih dalam masa berapa minggu, tetapi kali ini ruam ini sudah sebulan tapi tiada tanda² untuk hilang. Adakah hal ini berbahaya ataupun ini salah satu kesan sampingan sahaja.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Senarai berikut adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan dari semua bahan aktif yang terkandung di dalam Tasigna Capsule. Ini bukanlah sebuah senarai yang lengkap. Kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku, tetapi ia sangat jarang berlaku. Sebahagian kesan-kesan sampingan ini mungkin jarang berlaku tetapi boleh terjadi pada tahap yang serius. Dapatkan nasihat doktor jika anda mendapati salah satu kesan sampingan yang berikut berlaku, terutamanya jika tandanya berlarutan.
- Degupan jantung cepat atau berdebar-debar
- Sakit badan
- Pening
- Demam
- Menggigil
- Sakit badan
Jika anda mendapati terdapat kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor anda untuk khidmat nasihat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




































