
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan myonal
Saya wanita berumur 34 tahun, mengambil myonal sejak 6 bulan yang lalu disebabkan masalah lenguh selepas satu kemalangan. Pada mula mengambil ubat ini hingga sekarang, saya sukar tidur terutamanya pd waktu malam walaupun fikiran sy kosong. Saya jg rasa mata saya seperti tertekan dan tak selesa.Rasa pd bola mata bertambah teruk bila sy menutup mata, menyebabkan saya lagi sukar tidur. Saya pernah berhenti mengambil ubat ini dan kesan tidak boleh tidur hilang, jadi sy agak pasti myonal menyebabkn mslh ini. Apa pendapat doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor.
Kami mengambil peduli tentang keadaan yang anda alami. Secara amnya, myonal adalah ubat tahan sakit. Seperti ubat lain, myonal juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
Antara kesan sampingan myonal adalah:
- sakit perut
- loya
- mengantuk
- muntah
- cirit-birit
- ketidakhadaman
- ruam
Anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan ini berlarutan dan/atau mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas supaya pemeriksaan yang lebih lanjut dapat dilakukan. Maklumat lebih lanjut diperlukan bagi mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih