amasmieza
4 tahun
Kesan sampingan selepas membuat iui
Slmt ptg… Sy ingin bertanya…sy post iui day 12…ingin bertanya adakah normal sy kerap rasa cramp di bahagian kanan rahim dan sakit pinggang… Malam td jadi balik… Sy cramp dibahagian tengah rahim dan rasa loya muntah… Terima kasih doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cramp ataupun sakit perut pasca IUI boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Kesan prosedur IUI
- Implantasi kehamilan sedang terjadi
- Haid akan datang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Dengan maklumat yang terhad, kami tidak dapat memastikan diagnosis sebenar keadaan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar sakit puan / fertiliti anda ataupun kepada mana-mana doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.