
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan ubat-ubatan
Saya sudah makan ubat2 yg diberi doktor ubat gastrik ubat angin ubat otot ubat tahan muntah. Tapi still sama setiap masa mesti sendawa…takde perubahan… skrg saya terkena kesan sampingan ubat,xleh tdow/tidur xlena…kepala saya n hati jadi xtenang(risau)… doc,bila saya boleh sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, , maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan selain pemeriksaan fizikal. Namun, secara umum, beberapa kesan sampingan yang biasa dilaporkan terutamanya bagi ubat gastrik adalah seperti insomnia (sukar untuk tidur), loya, muntah, cirit-birit, sembelit dan sakit perut. Akan tetapi, jika masalah ini berpanjangan dan semakin mengganggu aktiviti anda, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor dan nyatakan aduan supaya penerangan lanjut ataupun alternatif ubat dapat diberikan kepada anda jika perlu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini, maklumat lebih lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Penyembuhan penyakit atau gejala adalah terlalu subjektif dimana bergantung kepada faktor seperti tahap penyakit serta status kesihatan seseorang individu. Oleh itu, pemeriksaan menyeluruh diperlukan bagi menjawab persoalan mengenai kesembuhan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih