Sulit
4 tahun
Kesan sampingan zero alcohol
Boleh ke spray seluruh badan dengan cecair pembasmi kuman zero alcohol utk cegah covid. Boleh matikan covid19 ke? Ada kesan sampingan pada kesihatan tak? Terutamanya pada kanak-kanak 2thun kebawah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, penggunaan cecair pembasmi kuman adalah salah satu langkah utama untuk mencegah jangkitan Coronavirus, tetapi menggunakan cecair pembasmi kuman pada seluruh badan tidak disarankan kerana ia boleh menyebabkan iritasi mata dan kulit, sesak nafas, mual dan loya. Selain itu, penggunaan pembasmi kuman atas seluruh badan tidak mampu mencegah jangkitan secara keseluruhannya kerana virus masih boleh merebak melalui titisan cecair batuk dan bersin. Pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakkan sosial dan kebersihan tangan adalah mencukupi untuk mencegah jangkitan virus ini.
Kami tidak menggalakan anda untuk menggunakan cecair pembasmi kuman pada seluruh badan untuk mencegah jangkitan Covid.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





































