
Sulit
3 tahun
Kesan ubat mtx untuk pesakit rhumetoid athritis sekiranya isteri kepada pesakit hamil?adakah kesan ubat mtx boleh membahayakan sperma suami pesakit
Saya berumur 34 tahun…suami saya berumur 38 tahun…suami saya penghidap rhumetoid athritis@ R.A selama 2tahun…pertanyaaan saya…sekiranya saya hamil…adakah kemungkinan kandungan saya normal…?Apakah ada kemungkinan jika saya hamil saya perlu mengugurkan kandungan saya…?Saya berharap doktor dapat menjawab persoalan saya…terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda bimbang jika hamil kerana suami anda mempunyai rheumatoid arthritis dan mengambil ubat methotrexate. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, seorang suami yang sedang berubat dengan methotrexate tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Hal ini adalah kerana methotrexate boleh menyebabkan kesan kepada sperma seperti kecacatan sperma dan boleh menyebabkan komplikasi serius seperti keguguran pada anak dalam kandungan atau kecacatan sewaktu lahir.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor