
Sulit
3 tahun
Kesesakan dada yang kerap terjadi yang tidak diketahui puncanya
saya wanita 22 tahun. saya kerap mengalami sesak dada. sehinggakan nak solat pun susah, nak naik tangga pun penat, jika pakai fack mask di tengah panas, lagilah rasa sesak di dada. setengah pemakanan pun membawa kesesakan dada tapi saya taktahu makanan apa yang menyebabkan trigger tu. mohon penjelasan doctor thankyou

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah sesak dada sehingga sukar melakukan aktiviti harian. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Memandangkan masalah ini boleh mengganggu sistem pernafasan anda dan menganggu rutin harian anda, kami nasihatkan anda untuk terus ke mana-mana klinik dan hospital beredekatan bagi tujuan pemeriksaan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.