Sulit
3 tahun
Kesesakan Pernafasan & Sering Rasa Kegelisahan
Saya Wanita Berusia 18 Tahun Dan Saya Menghadapi Kesukaran Untuk Bernafas & Sering Berasa Kegelisahan… perkara ini berlaku dah lama… dari awal bulan januari tahun 2021
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kesukaran bernafas boleh disebabkan kerana beberapa faktor.
Antaranya:
Untuk pengetahuan anda, gejala sesak nafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
- Alahan
- Resdung
- Kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Asma
- Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Anda juga memberikan simptom berasa kegelisahan.Hanya seseorang pakar psikiatri yang dapat memberikan diagnosis sebenar bagi masalah sebegini.
Mereka akan mengenal pasti jikalau kegelisahan anda yang mengakibatkan anda rasa susah bernafas ataupun anda mempunyai masalah klinikal yang lain.
Oleh hal yang demikian anda disarankan untuk bercakap dengan doktor melalui konsultasi atas talian.
Terima kasih dan kami harap jawapan ini membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri




































