Sulit
5 tahun
Kesuburan bagi hamil sekali lagi
sy ada 3 orang anak, saya pernah ambil suntikan perancang dalam hampir 2 tahun, sy merancang ingin menambah seorang anak perempuan, apakah nasihat kepada saya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gangguan kitaran haid adalah kesan sampingan yang biasa menjadi kerisauan para wanita yang mengambil suntikan perancang kehamilan. Haid anda biasanya akan kembali kepada normal dalam masa beberapa bulan selepas suntikan hormon. Ovulasi wanita akan kembali 22 bulan (dalam masa 2 tahun) selepas suntikan terakhir dan boleh hamil 6 hingga 12 bulan selepas ovulasi kembali normal. Hal ini demikian kerana badan anda mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada paras hormon yang berlainan di dalam badan anda.
Namun demikian, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh punca-punca lain seperti hamil, PCOS, masalah kelenjar tiroid, tekanan emosi dan sebagainya. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca masalah anda. Jika anda ingin mencegah kehamilan dan mendapati bahawa suntikan hormon adalah kurang sesuai untuk anda, sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang kaedah lain seperti pil perancang atau IUCD.