Sulit
3 tahun
Ketidakstabilan hormon
Hi saya nak tanya. Saya baru turun berat bermula akhir bulan 6 yg lepas dan dh turun dlm 20+ kg dalam cara yang agak ekstrem. Saya ada mendapat beberapa kesan sampingan iaitu keguguran rambut yang banyak, kehilangan period dan sembelit. Saya last period bulan 6 yg lepas dan tidak datang period lagi. Bolehkah saya tahu apakah masalah kesihatan yang saya alami dan cara untuk menanganinya? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami melalui talian ini.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan anda tentang masalah tidak datang haid. Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah :
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!