Sulit
2 tahun
Ketulan dan rasa ngilu di payudara
Saya wanita berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini, terdapat satu bengkak yang menyerupai benjolan berwarna merah di kawasan payudara belah kiri muncul pada hari ketiga sebelum hari yang sepatutnya saya period. Namun begitu, period saya lambat 10 hari dari tarikh yang sepatutnya. Benjolan merah tersebut kekal sehinggalah period saya bermula, di mana ia semakin mengecut dan keadaan payudara kembali normal seperti biasa selepas period tamat selepas 6 hari. Namun, masih terdapat ketulan di kawasan benjolan tersebut dan akhir-akhir ini terasa ngilu. Apakah pendapat Dr untuk keadaan ini? Adakah ia tanda-tanda kanser atau bagaimana?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang payudara
- Breast abscess
- Breast cyst
- Cyclical breast pain; berkaitan dengan kitaran haid
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah pendapat kami secara am mengenai masalah anda. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan kerana gejala yang dialami memerlukan perhatian doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.