Sulit
3 tahun
Ketulan di ari ari sebelah kiri
Hello doctor! Sya seorang perempuan…berumur 17 tahun.
Saya sering rasa ketulan di bahagian ari² sya…kdang" ketulan itu akan timbul…kdang" tak timbul pun…period sya okey sebelom ni…dtang waktu yg tepat…xpi baru ni period sya mcam mkin sedikit…selalunye 7/8 hari…tapi kalini 5/6 hri je…itu pun xbyak keluar…jdi ap yang sya patut buat…sya kne jumpa doktor ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di perut tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- limfadenitis yaitu keradangan limfa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.