
Sulit
3 tahun
Ketulan di bahagian luar dubur dan gatal
Hi, Saya berusia 25tahun, dan saya mengalami gatal gatal di bahagian keliling dubur, dan saya perasan ada ketulan seperti kutil. Apa kah punca & apakah cara yg palinh efektif untuk merawatnya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami ketulan dan kegatalan di bahagian dubur. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Iritasi daripada sabun atau akibat cirit birit
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan yis
- Jangkitan cacing
- Psoriasis
- Dermatitis
Namun gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan perkara serius seperti:
- Buasir
- Ketumbuhan pada dubur
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.